Friday, February 5, 2010

TAMAN BOTANI SHAH ALAM

Pada yang tak biasa dengan kawasan Shah Alam atau yang kurang pengetahuan tentang info2 tempat menarik sekitar selangor pasti tertanya tanya kan....baik lah...untuk pengetahuan semua...tempat ni dah lama wujud cuma pada masa dahulu dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia Bukit Cerakah.....menariknya tempat ni kita dapat menimba banyak pengatahuan tentang hutan dan haiwan yang terdapat di sekitar kita...tetapi apa yang paling menarik bagi saya ialah di sini terdapat rumah iklim dimana kita dapat merasai pengalaman seperti tinggal di negara2 empat musim...di sinilah kita dapat merasai musim sejuk, bunga, luruh dan musim panas. Tetapi anda semua jangan salah sangka, walaupun kita semua sudah biasa dengan musim panas, musim panas yang terdapat disini berbeza kerana musim panas tersebut adalah musim panas kering manakala negara kita pula adalah musim panas dan lembap (iklim tropika). Semasa di sana saya berkesempatan merasai 2 musim iaitu musim bunga dan musim sejuk, selebihnya InsyaAllah pada masa akan datang jika berpeluang.

No comments:

Post a Comment