Saturday, April 24, 2010

KEM BISTARI WUDUK & TAYAMMUM

Bertempat di Sekolah Rendah Bistari Darul Mulkan telah berlangsung Kem Bistari Wuduk dan Tayammum. Tujuan di adakan kem tersebut adalah untuk memantapkan lagi pengetahuan agama dikalangan murid2. kem tersebut diadakan sekali setiap bulan dan mengikut slot2 yang telah ditetapkan. kem bestari wuduk diadakan pada Mac manakala Tayammum pula diadakan pada April.



murid2 sedang menjawab ujian yang diberikan.



murid2 sedang menjawab ujian...



tengah jawab ujian pun sempat lagi pose!




jawab baik2 yer....biar betul semua!



senang je kan ujian ni...



macam ni la dalam kelas tahun 3...



ada juga yang berjalan- jalan masa ujian?



jawab jangan tak jawab....





berehat sebentar sambil dengar nasyid.....

Wednesday, March 31, 2010

AKU PENDIDIK

Alhamdulilah...dah sekian lama aku menganggur akhirnya dapat jugak keje...tapi takle lama sangat aku menganggur pun...2 bulan lebih jer...dapat jadi pendidik...dalam kata lain cikgu la....ni pengalaman pertama jadi cikgu...mula2 tu nervous jugak la macam mana nak berdepan ngan kanak2 kan...tapi takpe...belajar sikit2..lama2 ok la tu...anggap je macam masa buat presentation masa blaja dulu...cuma kali ni audiencenya kanak2 la...tarikh keramat bagiku...2 March 2010 yang lepas...sebab tu la mula2 aku ngajar...sekarang ni dah hampir sebulan dah ngajar...hurmm...macam2 kerenah budak2 nih...ada yang buat rasa tension, nak tergelak lagi la ramai...sabar je la...ok la...takat ni dulu...banyak lagi ni nak cerita pasal dunia pendidik ni...lain kali kita bertemu lagi k...



Tahun 4 Bistari





Tahun 2 Bistari




Tahun 4 Bistari lagi





Tahun 1 Bistari

Friday, February 5, 2010

KEMBARA KEDAH

Tanggal 19 Jun 2009 hingga 21 Jun 2009 aku ke Kedah....Tujuan nya saja nak melawat adik angkat dan keluarganya di sana disamping melawat lawat tempat menarik yang ada. Lagipun masa tu tengah cuti semester...so, apa lagi...melancong la...Antara tempat yang aku lawati Gunung Jerai, Air Terjun Batu Hampar (dekat Yan), Pantai Murni, Pulau Bunting, Muzium Padi, Gunung Keriang dan tempat yang tak sah kalau tak pergi iaitu Pekan Rabu.

Boleh dikatakan semua tempat yang aku lawati tu menarik belaka tapi ada satu tempat yang aku rasa berpotensi besar untuk dijadikan destinasi pelancongan di Kedah terutama sekali buat kaki pancing.

Pulau Bunting- pulau ni rasanya berpotensi untuk menjadi tumpuan pelancong terutama buat kaki pancing dan penggemar makanan laut. Di sini juga terdapat jambatan yang menghubungkan pulau dan tanah besar. Jambatan tersebut memang menarik persis jambatan yang terdapat di Putrajaya tetapi sayangnya ia tidak dimajukan sepenuhnya. Diharap pihak berkuasa dapat memajukan pulau tersebut pada masa akan datang.




Aku dan adik angkatku






Air Terjun Batu Hampar




Jambatan Pulau Bunting

SUSTAINABLE TOURISM LANGKAWI






Trip ini adalah yang terakhir semasa disemester akhir. Tujuannya adalah untuk memenuhi syarat bagi subject Sustainable Tourism. Fokus utama adalah Langkawai Cable Car Gunung Mat Cincang. Trip ini berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu dari 12 Ogos hingga 14 Ogos 2009 yang lalu. Seramai 8 orang terlibat dalam trip ini. Selain Gunung Mat Cincang, tempat2 lain turut dilawati antaranya Kota Mahsuri, Kompleks Karangkraf, Pekan Kuah, Dataran Lang dan Awana Porto Malai. Kami semua menginap di Charlie Motel sepanjang berada di sana.

TRIP KE PANGKOR


semua nak begambar dengan Mr.Gamat


kepenatan selepas mendaki bukit...tapi maintain pose



riang ria...maklum la nak g mandi.....

Trip ini diadakan pada semester pertama di UiTM Shah Alam, sebenarnya jika diikutkan ia adalah semester 3 tetapi setelah dilakukan pemindahan kredit dari diploma maka terus melompat ke semester 3....tujuan trip ini adalah untuk sesi suai kenal antara kami pelajar2 baru dimana kami semua datang dari 4 cawangan kampus iaitu kampus Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.



TAMAN BOTANI SHAH ALAM

Pada yang tak biasa dengan kawasan Shah Alam atau yang kurang pengetahuan tentang info2 tempat menarik sekitar selangor pasti tertanya tanya kan....baik lah...untuk pengetahuan semua...tempat ni dah lama wujud cuma pada masa dahulu dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia Bukit Cerakah.....menariknya tempat ni kita dapat menimba banyak pengatahuan tentang hutan dan haiwan yang terdapat di sekitar kita...tetapi apa yang paling menarik bagi saya ialah di sini terdapat rumah iklim dimana kita dapat merasai pengalaman seperti tinggal di negara2 empat musim...di sinilah kita dapat merasai musim sejuk, bunga, luruh dan musim panas. Tetapi anda semua jangan salah sangka, walaupun kita semua sudah biasa dengan musim panas, musim panas yang terdapat disini berbeza kerana musim panas tersebut adalah musim panas kering manakala negara kita pula adalah musim panas dan lembap (iklim tropika). Semasa di sana saya berkesempatan merasai 2 musim iaitu musim bunga dan musim sejuk, selebihnya InsyaAllah pada masa akan datang jika berpeluang.

MENYEPI

Haaaa.....mesti ramai followers dok tertanya tanya kan...mana la perginya pemilik blog ni tak update update pun blog dia kan...dah berbulan bulan pulak tu...lama sungguh...
OK la...untuk tidak menghampakan semua...saya kembali untuk mengupdate blog ni...

Seperti biasa...saya akan memuatkan kisah kisah pengalaman saya semasa belajar dulu terutamanya mengenai trip trip lawatan...maklumlah saya kan pelajar jurusan pelancongan...

Seterusnya...bila kisah2 tersebut tamat saya akan teruskan dengan kisah2 semasa saya....apa2 yang menarik untuk dikongsi bersama InsyaAllah saya akan siarkan...