Friday, February 5, 2010

KEMBARA KEDAH

Tanggal 19 Jun 2009 hingga 21 Jun 2009 aku ke Kedah....Tujuan nya saja nak melawat adik angkat dan keluarganya di sana disamping melawat lawat tempat menarik yang ada. Lagipun masa tu tengah cuti semester...so, apa lagi...melancong la...Antara tempat yang aku lawati Gunung Jerai, Air Terjun Batu Hampar (dekat Yan), Pantai Murni, Pulau Bunting, Muzium Padi, Gunung Keriang dan tempat yang tak sah kalau tak pergi iaitu Pekan Rabu.

Boleh dikatakan semua tempat yang aku lawati tu menarik belaka tapi ada satu tempat yang aku rasa berpotensi besar untuk dijadikan destinasi pelancongan di Kedah terutama sekali buat kaki pancing.

Pulau Bunting- pulau ni rasanya berpotensi untuk menjadi tumpuan pelancong terutama buat kaki pancing dan penggemar makanan laut. Di sini juga terdapat jambatan yang menghubungkan pulau dan tanah besar. Jambatan tersebut memang menarik persis jambatan yang terdapat di Putrajaya tetapi sayangnya ia tidak dimajukan sepenuhnya. Diharap pihak berkuasa dapat memajukan pulau tersebut pada masa akan datang.




Aku dan adik angkatku






Air Terjun Batu Hampar




Jambatan Pulau Bunting

No comments:

Post a Comment